Tuesday, December 4, 2012

♥ DIA BUKAN JODOHKU ♥

Ya Allah,
andai cinta itu milik kami,
biar apa jua dugaannya,
kami mohon agar diberi kekuatan dariMu,
untuk mengharunginya.

Ya Allah,
andai cinta itu bukan lagi milik kami,
biar seberapa kali kami cuba pertahankan,
kami mohon agar diberi kekuatan dariMu,
untuk menerima segala takdirMu yang indah ini...
____________________________________________

Andai suatu detik,
apabila Allah menjauhkan dan memisahkan kamu,
dari insan yang kamu terlalu cintai,
maka ucapkanlah,
"Allah Maha Mengetahui, DIA BUKAN JODOHKU"
terimalah dengan hati yang tenang dan terbuka,
redhalah dengan ketentuan takdir dariNya,
kerana milik Allah jualah segala cinta yang ada di dunia...
____________________________________________

"Cinta kerana Allah adalah mencintai hamba Allah kerana keimanannya dan ketaatan kepada Allah SWT..."

via seindahcintaislam
Senyum dalam kesedihan adalah suatu ketabahan,
Menangis dalam kepayahan adalah suatu kesabaran,
Gembira dalam keredhaan adalah suatu ketenangan,
Mensyukuri pemberian ALLAH adalah suatu nikmat kebahagiaan...

"With every breath, remember ALLAH SWT..."

Say Alhamdulillah. :)

Friday, May 25, 2012

Istikarah Cinta

Ke hadapan bakal suamiku yang dicintai ,

Tak lama lagi kita akan hidup bersama. Dan sebelum kita melangkah ke arah itu , dengan hati yang tenang saya nak jelaskan beberapa perkara supaya awak dapat fahami saya. Semuanya sudah ditentukan oleh Allah , awak lah yang akan menjadi pasangan hidup saya.

Pertama sekali , saya bersyukur sebab Allah telah menemukan saya dengan awak. Saya tahu , saya bukanlah pilihan terakhir yang awak ada untuk dijadikan pasangan hidup. Malahan , saya tak pernah anggap saya adalah pilihan terbaik untuk awak. Cuma satu yang saya tau. Saya akan berusaha untuk memahami awak , menyayangi awak dan menjadi isteri yang taat pada suaminya.

Bila saya tau awak lah yang ditakdirkan untuk saya , saya rasa malu. Sebab saya takut saya bukanlah seperti yang awak idamkan. Ada banyak kekurangan yang ada dalam diri saya. Tak banyak yang saya minta. Terimalah saya seadanya. Penuhilah kekurangan saya dengan kelebihan yang awak ada.

Saya tau takde manusia dalam dunia ni yang sempurna. Sebab tu saya akan berusaha menerima segala kekurangan awak. Saya cuma nak awak jaga saya , pimpin saya supaya kita dapat bina sebuah keluarga yang bahagia.

Jika ditakdirkan kita hidup bersama nanti , saya nak awak jujur dalam hubungan kita. Janganlah disimpan apa-apa rahsia yang boleh menyebabkan saya terasa hati dengan awak. InsyaAllah apapun yang akan awak suarakan , saya akan terima dengan hati terbuka.

Saya nak awak tau , bila kita dah hidup bersama nanti. Awak bukan cuma menjadi suami kepada saya , tapi saya nak awak jadi kawan baik saya dan juga ayah kepada anak-anak kita

Saturday, May 5, 2012

Pesta Buku Antarabangsa 2012

Assalamualaikum..
Alhamdulillah syukur kepada pemilik tetap cintaku Allah swt dan selawat dan salam kepada kekasihku Rasulullah s.a.w.
Dipanjangkan umur dan masih mampu berdiri di bumi kepunyaan Ya Robb.Alhamdulillah diberi kesempatan untuk memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa yang berlangsung selama seminggu di Putra World Trade Centre (PWTC) selama seminggu 27 Apr - 6 Mei 2012.Bersama si kembar Shahdeena dan Shahreena memulakan perjalanan dari Taiping pada hari Ahad 29 Apr dan terus ke PWTC pada pukul 10.30 pagi.
Masya Allah...manusia sudah ramai membanjiri kawasan PWTC.
Kebetulan tepat masa kami adik beradik sampai , Ustaz yang sangat saya kagumi iaitu Ustaz Azhar Idrus , baru sahaja sampai di booth yang kami singgah.Allahuakbar ramainya yang berpusu-pusu untuk mengambil gambar dengan ustaz.Terpaksa kami mengundur diri bagi mengelak perkara yang tidak diingini.
Ok..terus mencari buku-buku yang menarik untuk dibaca..Ya Allah semoga buku yang dibeli adalah yang berilmiah dan boleh menambah pengetahuan dunia dan akhirat.
Itu dia..antara buku yang sempat dan melebihi bajet yang ada..hehe xpa sekali sekala.Semoga ilmu dari buku-buku ini dapat dimanfaatkan.
 Lagi gambar sekitar

 dalam LRT dari Bukit Jalil ke PWTC dengan kakngah
Shahdeena , Shahreena dan Inani
bertemu juga dengan penulis yang dikagumi Pn Fatimah Syarha
Kakngah ,Inani dan Pn Fatimah
Karangkraf world of books
peoples!!!
weeeeeeee.....
 Hasil antaranya
Ustaz Kazim pung ade..



Friday, April 20, 2012

Pelangi...Indahnya ciptaan Ilahi

Assalamualaikum w.b.t

Perkataan pertama terpacul dari lidah apabila terpandang keindahan pelangi pagi ialah Subahanallah indahnya ciptaanMu Ya Allah.Tiada yang lebih berkuasa melainkanMu Ya Allah segala puji keatasMu.
Alhamdulillah selama seminggu, aku diberi peluang melihat keindahan itu sebayak tiga kali pada hari yang berlainan.Timbul perasaan yang istimewa dalam diri.Engkau mengurniakan aku keindahan ini setelah hati ini terguris seperti kata-kata yang selalu digunakan ramai..Allah memberi hujan dan petir kerana Allah mahu menghadiahkan pelangi.
Terfikir sejenak bagaimana pelangi ini terjadi.Sambil lidah ini tidak henti-henti bertasbih, bertahmid dan bertakbir.

Info Tentang Pelangi
  • Pelangi didefinisikan sebagai barisan warna yang terbentuk karena pantulan dan pembiasan dari sinar matahari di dalam air hujan.
  • Kita dapat melihat pelangi karena cahaya dibiaskan ketika dari medium udara melewati medium air hujan. Warna cahaya matahari yang digabungkan adalah putih, tetapi ketika dibiaskan akan menjadi berbagai warna.
  • Bila anda melihat pelangi, dapat dipastikan kemungkinan besar saat itu hujan, lalu matahari berada di belakang anda dan hujan di depan sehingga pusat busur pelangi berada tepat di seberang/berlawanan dengan matahari.
  • Walaupun terlihat seperti busur, bentuk pelangi sebenarnya adalah bulat secara penuh.
  • MeJiKuHiBiNiU 
    adalah akronim yang biasa dipakai orang Indonesia untuk menghafal warna pada pelangi. Sedangkan orang barat menggunakan akronim  
    RoyGBiv 
    RedOrangeYellowGreenBlueIndigoViolet.
  • Sebenarnya warna pelangi bukanlah 7 itu saja, melainkan seluruh warna yang ada di dunia. Tetapi mata kita tak sanggup membezakannya.
  • Sudut pembiasan cahaya untuk menciptakan pelangi adalah sekitar 42 derajat ke mata pengamat.

Sunday, April 15, 2012

Penghujung Cintaku

♥ DIA BUKAN JODOHKU ♥

Ya Allah,
andai cinta itu milik kami,
biar apa jua dugaannya,
kami mohon agar diberi kekuatan dariMu,
untuk mengharunginya.

Ya Allah,
andai cinta itu bukan lagi milik kami,
biar seberapa kali kami cuba pertahankan,
kami mohon agar diberi kekuatan dariMu,
untuk menerima segala takdirMu yang indah ini...
____________________________________________

Andai suatu detik,
apabila Allah menjauhkan dan memisahkan kamu,
dari insan yang kamu terlalu cintai,
maka ucapkanlah,
"Allah Maha Mengetahui, DIA BUKAN JODOHKU"
terimalah dengan hati yang tenang dan terbuka,
redhalah dengan ketentuan takdir dariNya,
kerana milik Allah jualah segala cinta yang ada di dunia...
____________________________________________

"Cinta kerana Allah adalah mencintai hamba Allah kerana keimanannya dan ketaatan kepada Allah SWT..."

via seindahcintaislam

Saturday, April 14, 2012

Ayuh Solat Dhuha (Part 1)

Kelebihan Solat Sunat Dhuha
  • Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan- manusia setiap hari.
  • Ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW
  • menarik rezeki dan menolak kepapaan.
  • Allah mengampuni akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Waktu Solat Sunat Dhuha
Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’:
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).


bait-bait indah memuji Nabi صلى الله عل

Program Maulid Akbar 1433H

Alhamdulillah diberi kesempatan olehNya untuk bersama-sama para Ulamak berjemaah dan berqasidah serta berselawat ke atas Rasullullah SAW.Program yang bermula selepas solat Asar dikunjungi bukan saja oleh penduduk setempat tapi ada juga yang datang dari jauh (kite la tu actually xjauh sgt pn :))

Alhamdulillah.. Lahawla wala Quwwata illa billah


Ucapan yang sangat berharga untukku.Indah sungguh ciptaan Allah buat hambaNYA seperti diri ini.Ya Allah sesungguhnya aku sangat menghargai pemberianMu ini.Tiada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan apabila mandapat hidayahMU.Sujud syukurku kepadaMu Ya Robb..Aku adalah antara insan yang telah Kau pilih untuk menerima hidayahMu.SubahanAllah Alhamdulliah Allahuakhbar...indah..manis...seperti dalam Surah Muhammad Ayat 17

"Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima petunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayah petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa".

Kehidupan terasa lebih sempurna..hari demi hari...bercambah kecintaanku padaNya..Terasa seperti doa didengari yang Maha Esa.Biarlah rasa ini terus membara selagi nyawa masih dijasad.