Friday, May 25, 2012

Istikarah Cinta

Ke hadapan bakal suamiku yang dicintai ,

Tak lama lagi kita akan hidup bersama. Dan sebelum kita melangkah ke arah itu , dengan hati yang tenang saya nak jelaskan beberapa perkara supaya awak dapat fahami saya. Semuanya sudah ditentukan oleh Allah , awak lah yang akan menjadi pasangan hidup saya.

Pertama sekali , saya bersyukur sebab Allah telah menemukan saya dengan awak. Saya tahu , saya bukanlah pilihan terakhir yang awak ada untuk dijadikan pasangan hidup. Malahan , saya tak pernah anggap saya adalah pilihan terbaik untuk awak. Cuma satu yang saya tau. Saya akan berusaha untuk memahami awak , menyayangi awak dan menjadi isteri yang taat pada suaminya.

Bila saya tau awak lah yang ditakdirkan untuk saya , saya rasa malu. Sebab saya takut saya bukanlah seperti yang awak idamkan. Ada banyak kekurangan yang ada dalam diri saya. Tak banyak yang saya minta. Terimalah saya seadanya. Penuhilah kekurangan saya dengan kelebihan yang awak ada.

Saya tau takde manusia dalam dunia ni yang sempurna. Sebab tu saya akan berusaha menerima segala kekurangan awak. Saya cuma nak awak jaga saya , pimpin saya supaya kita dapat bina sebuah keluarga yang bahagia.

Jika ditakdirkan kita hidup bersama nanti , saya nak awak jujur dalam hubungan kita. Janganlah disimpan apa-apa rahsia yang boleh menyebabkan saya terasa hati dengan awak. InsyaAllah apapun yang akan awak suarakan , saya akan terima dengan hati terbuka.

Saya nak awak tau , bila kita dah hidup bersama nanti. Awak bukan cuma menjadi suami kepada saya , tapi saya nak awak jadi kawan baik saya dan juga ayah kepada anak-anak kita

Saturday, May 5, 2012

Pesta Buku Antarabangsa 2012

Assalamualaikum..
Alhamdulillah syukur kepada pemilik tetap cintaku Allah swt dan selawat dan salam kepada kekasihku Rasulullah s.a.w.
Dipanjangkan umur dan masih mampu berdiri di bumi kepunyaan Ya Robb.Alhamdulillah diberi kesempatan untuk memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa yang berlangsung selama seminggu di Putra World Trade Centre (PWTC) selama seminggu 27 Apr - 6 Mei 2012.Bersama si kembar Shahdeena dan Shahreena memulakan perjalanan dari Taiping pada hari Ahad 29 Apr dan terus ke PWTC pada pukul 10.30 pagi.
Masya Allah...manusia sudah ramai membanjiri kawasan PWTC.
Kebetulan tepat masa kami adik beradik sampai , Ustaz yang sangat saya kagumi iaitu Ustaz Azhar Idrus , baru sahaja sampai di booth yang kami singgah.Allahuakbar ramainya yang berpusu-pusu untuk mengambil gambar dengan ustaz.Terpaksa kami mengundur diri bagi mengelak perkara yang tidak diingini.
Ok..terus mencari buku-buku yang menarik untuk dibaca..Ya Allah semoga buku yang dibeli adalah yang berilmiah dan boleh menambah pengetahuan dunia dan akhirat.
Itu dia..antara buku yang sempat dan melebihi bajet yang ada..hehe xpa sekali sekala.Semoga ilmu dari buku-buku ini dapat dimanfaatkan.
 Lagi gambar sekitar

 dalam LRT dari Bukit Jalil ke PWTC dengan kakngah
Shahdeena , Shahreena dan Inani
bertemu juga dengan penulis yang dikagumi Pn Fatimah Syarha
Kakngah ,Inani dan Pn Fatimah
Karangkraf world of books
peoples!!!
weeeeeeee.....
 Hasil antaranya
Ustaz Kazim pung ade..