Saturday, April 14, 2012

Ayuh Solat Dhuha (Part 1)

Kelebihan Solat Sunat Dhuha
  • Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan- manusia setiap hari.
  • Ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW
  • menarik rezeki dan menolak kepapaan.
  • Allah mengampuni akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Waktu Solat Sunat Dhuha
Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’:
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).


No comments:

Post a Comment